Profile Syarikat


ZBM Perfect World (M) Sdn Bhd (ZBM) merupakan syarikat milik penuh bumiputera yang menyediakan produk kesihatan yang berkualiti tinggi. Syarikat ini telah diasaskan oleh Encik Zainal Bahri yang mempunyai lebih 15 tahun pengalaman didalam dunia perniagaan berasaskan sistem permasaran pelbagai tingkat (multi level marketing).

Perniagaan MLM yang disertai beliau sebelum ini memberikan beliau satu anjakan paradigma didalam usaha meningkatkan kualiti hidup dan mencapai kebebasan kewangan. Sepanjang bergiat aktif didalam industri ini, beliau telah banyak mempelajari teknik dan pendekatan terbaik yang mampu menghasilkan pulangan pendapatan yang lumayan.

Setelah lebih 15 tahun didalam industri MLM yang telah sebati dengan jiwanya, En. Zainal Bahri kini melangkah setapak lagi kehadapan dengan membangunkan perniagaan beliau sendiri dibawah nama ZBM Perfect World Sdn Bhd.

Bukan sahaja menawarkan produk berkualiti, ZBM Perfect World (M) Sdn Bhd  turut menyediakan satu lagi platform kepada anak-anak bangsa untuk membina empayar perniagaan mereka melalui industri MLM. ZBM Perfect World (M) Sdn Bhd turut memberikan  teknik, informasi dan pendekatan perniagaan yang boleh diduplikasikan oleh para usahawan untuk mencapai kebebasan kewangan didalam industri MLM ini.

Misi Syarikat

  • Melahirkan seramai mungkin usahawan bertaraf jutawan melalui industri pemasaran berbilang tingkat (MLM)
  • Membina pemasaran global
  • Mengangkat dan memperjuangkan industri MLM tulin dan beretika.

Visi Syarikat

  • Menyediakan pelan pemasaran yang tidak membebankan dan mudah dicapai oleh pengedar
  • Membina dan membimbing pengedar yang mempunyai daya juang dan kepimpinan yang tinggi
 KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI