Pelan Pemasaran

Sebagai sebuah syarikat yang berkonsepkan pemasaran bertingkat, ZBM Perfect World menyediakan pelan pemasaran yang bukan sahaja realisitik tetapi sesuatu yang mampu dicapai dan adil kepada setiap pengedar produk ZBM. Hasil pengalaman didalam dunia pemasaran bertingkat (MLM), En Zainal Bahri iaitu pengasas ZBM telah menghasilkan satu pelan pemasaran yang cukup berdaya saing diatas konsep keadilan untuk setiap ahli.
ZBM Perfect World menawarkan 9 BONUS hebat kepada pengedar dan agensi syarikat. Bonus-bonus tersebut adalah :

Keuntungan Runcit (15 ~ 25%)

Setiap pengedar memperolehi sekitar 15 sehingga 20% bagi setiap produk yang dijual secara runcit. Sebagai contoh, bagi produk JPrune, Harga runcit yang ditawarkan adalah pada harga RM72.00 sebotol, sementara harga pengedar adalah RM60 sebotol. Pengedar mampu memiliki keuntungan sebanyak RM12.00 bagi setiap jualan produk JPrune iaitu kira-kira sebanyak 16.6%.

 

Bonus Kumpulan (5 ~ 20%) 

Bonus kumpulan pengedar adalah berdasarkan kepada jualan kumpulan yang terkumpul dengan kiraan nilai mata (PV). Disini pentingnya kerjasama secara berkumpulan bagi memperolehi pendapatan yang lebih baik. Peratus bonus adalah seperti jadual dibawah :

  1. Untuk memperolehi bonus jualan kumpulan ini, pengedar perlu mengekalkan jualan peribadi sebanyak 100 PV sebulan.
  2. Pangkat Manager (20% bonus kumpulan) akan diperolehi apabila jualan kumpulan mencapai 2500 PV. Walaubagaimanapun untuk memperolehi pangkat Manager pada bulan tersebut pengedar memerlukan PGPV sekurang-kurangnya 200PV.
*PGPV = Jumlah Jualan Kumpulan Peribadi.

Bonus Kumpulan Manager (22 ~ 30 %)

Bonus ini disediakan kepada Manager yang telah melahirkan beberapa orang manager dibawah mereka dengan syarat-syarat berikut :


Antara syarat yang untuk memperolehi bonus manager ini adalah :
  1. Mengekalkan Jualan peribadi (PV) sekurangnya 100 PV utk Ruby Manager atau 150 PV untuk Diamond Manager.
  2. Jumlah Jualan Kumpulan Peribadi (PGPV) bulanan bagi manager sekurang-kurangnya 200 PV (Ruby Manager) dan 300 PV (Diamond Manager)
  3. Sekiranya (1) dan (2) tidak dipenuhi serentak, Maka PGPV Manager tersebut akan di mampatkan ke atas ke pengedar diatas tanpa mengira pangkat.

Bonus Perkembangan Manager (3 ~ 9 %)

Bonus ini disediakan kepada Manager yang telah menunjukkan perkembangan dari tahap Ruby Manager kepada Diamond Manager berpandukan jadual berikut :


Antara syarat yang untuk memperolehi bonus manager ini adalah :
  1. Mengekalkan Jualan peribadi (PV) sekurangnya 100 PV utk Ruby Manager atau 150 PV untuk Diamond Manager.
  2. Setiap Manager bawahan terus perlu mengekalkan PV 100 PV (Ruby Manager) atau 150 PV (Diamond Manager)
  3. Jumlah Jualan Kumpulan Peribadi (PGPV) bulanan bagi manager sekurang-kurangnya 200 PV (Ruby Manager) dan 300 PV (Diamond Manager)

Bonus Peningkatan Direktor (32 ~ 46 %)

Bonus ini disediakan khas kepada Diamond Manager yang telah meningkat ke tahap Director iaitu apabila mereka berjaya melahirkan Diamond Director dibawah rangkaian mereka. Semakin bertambah Diamond Director dibawah mereka, maka semakin meningkat pangkat Director mereka kepada yang lebih tinggi. Berikut adalah jadual Bonus Peningkatan Director :


Antara syarat yang untuk memperolehi bonus manager ini adalah :
  1. Mengekalkan Jualan peribadi (PV) sekurangnya 100 PV utk Ruby Manager atau 150 PV untuk Diamond Manager.
  2. Jumlah Jualan Kumpulan Peribadi (PGPV) bulanan bagi manager sekurang-kurangnya 200 PV (Ruby Manager) dan 300 PV (Diamond Manager)
  3. Sekiranya syarat (1) dan (2) tidak dipenuhi serentak, maka PGPV Manager tersebut akan dimampatkan keatas ke pengedar diatas tanpa mengira pangkat.
  4. Pangkat dan peratus bonus kekal.

Bonus Generasi Direktor (9 %)

Bonus ini disediakan khas kepada Director yang berjaya melahirkan Director ataupun Diamond Manager dibawah rangkaian mereka. Berikut adalah jadual Bonus Peningkatan Director :


Antara syarat yang untuk memperolehi bonus manager ini adalah :
  1. Mengekalkan Jualan peribadi (PV) sekurangnya  150 PV untuk Direktor.
  2. Jumlah Jualan Kumpulan Peribadi (PGPV) bulanan bagi manager sekurang-kurangnya 300.
  3. Jumlah Jualan Kumpulan Keseluruhan (TGPV) bagi Director adalah melebihi 10,000 (melibatkan semua ahli jaringan tanpa mengira pangkat)
  4. Sekiranya syarat (1), (2) dan (3) tidak dipenuhi serentak, maka PGPV Manager tersebut akan dimampatkan keatas ke pengedar diatas tanpa mengira pangkat.

Bonus Perkembangan Pemimpin (2 ~ 12 %)

Bonus ini diperuntukkan kepada Director yang menunjukkan peningkatan didalam prestasi. Bonus ini dibayar berdasarkan PGPV setiap director yang terlibat dengan memenuhi syarat serta berpandukan jadual dibawah :


Antara syarat yang untuk memperolehi bonus manager ini adalah :
  1. Mengekalkan Jualan peribadi (PV) sekurangnya  100 (Ruby Manager) atau 150 PV untuk Diamond Manager.
  2. Jumlah Jualan Kumpulan Peribadi (PGPV) bulanan bagi manager sekurang-kurangnya 200 PV bagi Ruby Manager atau 300 PV bagi Diamond Manager .
  3. Sekiranya syarat (1), (2) dan (3) tidak dipenuhi serentak, maka PGPV Manager tersebut akan dimampatkan keatas ke pengedar diatas tanpa mengira pangkat.
  4. Direktor yang tidak layak adalah Direktor yang tidak mengekalkan PPV sebanyak 150 PV atau/dan PGPV = 300 PV.

Perkongsian Tabung Syarikat - CTO (3 %)

Perkongsian tabung syarikat hanya diberikan kepada Direktor hingga Crown Ambassador dengan membahagikan 3% (CTO) dengan jumlah bilangan point yang dihasilkan oleh Direktor dan keatas apabila syarat asas dan Jumlah Jualan Kumpulan Terkumpul (TGPV) bagi pengarah bawahan adalah seperti berikut :

 

Komisyen Agency  (12 %)

Komisyen dibayar berdasarkan kepada PV jualan bulanan yang dilapurkan kepada syarikat. Pengedar yang telah mempunyai jaringan / kumpulan seramai 10 orang layak untuk memohon sebagai agency.